Monday, November 2, 2009

Harian Metro Interview: Keseimbangan Asas Parkour

Oleh: Shamran Sarahan pada 1 Novemeber 2009

Parkour memerlukan keberanian dan bijak mengurangkan risiko 

INFO

Parkour membabitkan gerakan dan gaya bebas untuk kemahiran berlari, merangkak, berguling, bergayut, me manjat dan juga melakukan lompatan.

Parkour yang juga dikenali sebagai PK diperkenalkan oleh pemuda dari Perancis, David Belle, bersama rakannya Se bastian Foucan sekitar 1990-an.

Pengamalnya dikenali sebagai traceur (lelaki) dan treceus (wanita). 

Parkour Worldwide Association atau PAWA adalah sebuah pertubuhan bagi peminat dan pengamal parkour seluruh dunia

Di Malaysia, parkour dipelopori kumpulan dari Kuching, Sarawak, yang menggelarkan diri mereka sebagai Goujitu.

Maklumat lanjut mengenai parkour dan komunitinya di negara ini, layari laman web www.pkmy.tk

PROFIL
NAMA: Mohd Qayyim Hafidzi
AKTIVITI: Parkour
UMUR: 22 tahun
ASAL: Bandar Baru Bangi, Selangor
PENDIDIKAN: Penuntut Sarjana Muda Kejuruteraan Me kanikal, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 
KUMPULAN KOMUNITI: Parkour Malaysia (PKMY)

PROFIL
NAMA: Mohd Farid Isham
AKTIVITI: Parkour
UMUR: 27 tahun 
ASAL: Melor, Kelantan
PENDIDIKAN: Diploma Pertanian, Universiti Putra Ma laysia dan Diploma Sains Komputer Kolej Yayasan Pelajaran Mara (KYPM) 
KERJAYA: Perniagaan Internet
KUMPULAN KOMUNITI: Parkour Malaysia (PKMY)
BERLARI, memanjat dan melompat. Itulah elemen penting aktiviti ekstrim, Parkour yang kini semakin mendapat per hatian di kalangan remaja di negara ini.

Barangkali masih ramai yang belum pernah mendengar mahupun mengenali Parkour. Aktiviti unik berasal dari Perancis ini merujuk kepada seni fizikal yang memerlukan seseorang perlu mara dari satu tempat sepantas dan secekap yang boleh dengan menggunakan keupayaan tubuh ba dannya. 

Dalam aktiviti ini, gerakan tubuh badan dieksploitasi se penuhnya dan ia membabitkan kemahiran berlari, me rangkak, berguling, bergayut, memanjat dan melompat. 

Keseimbangan badan adalah asas dalam aktiviti lasak ini dengan hanya satu tujuan iaitu tidak boleh berhenti di mana-mana halangan sama ada berbentuk dinding, jerjak, susur, pokok, bangunan, tembok konkrit, palang besi, ka wasan rekreasi, taman atau hutan dan jurang.

Menurut, penggiat Parkour, Mohd Qayyim Hafidzi, 22, aktiviti terbabit bukanlah fenomena baru, malah mendapat tempat di kalangan golongan muda di negara ini sejak 2005.

Dia berkata, walaupun kegiatan ekstrim itu hanya bergerak secara bawah tanah (underground), namun sudah banyak kumpulan dan komuniti Parkour bergiat aktif di seluruh negara antaranya Johor, Kedah, Sabah, Pahang, Selangor dan Sarawak.

“Dulu, ramai beranggapan Parkour adalah aktiviti ‘gila’ dan berisiko tinggi, tetapi kepesatan saluran maklumat melalui Internet banyak membantu menjelaskan apa sebenarnya yang menarik mengenai Parkour?

“Sama seperti seni mempertahankan diri, seseorang itu perlu bijak mengelak sesuatu ancaman yang dihadapi. Begitu juga Parkour, halangan yang perlu dilalui itu ada di sekeliling seperti bangunan, semak samun, tembok, pagar atau kawasan berbatu.

“Lebih mencabar, ia (Parkour) memerlukan keberanian dan memerlukan seseorang itu ‘bijak’ mengurangkan risiko ketika cuba melepasi mana-mana halangan,” katanya yang kini menuntut di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Sedikit mengenai sejarah aktiviti ekstrim ini, Parkour atau lebih dikenali PK diperkenalkan oleh pemuda dari Perancis, David Belle bersama rakannya Sebastian Foucan.

Belle adalah traceur terkenal dalam Parkour dan mula aktif ketika berusia 15 tahun. Dia pernah membintangi filem District B13 (2004) yang turut memaparkan aksi Parkour.

Dia juga pengasas PAWA (Parkour Worldwide Association), sebuah pertubuhan bagi peminat dan pengamal Parkour seluruh dunia.

Bagi Belle, ia adalah gaya hidup dan kebolehan semula jadi bagi meningkatkan kekuatan, ketangkasan, kepantasan dan kuasa.

Kata Qayyim, selain memberi kepuasan dan keseronokan peribadi, Parkour mampu membentuk banyak nilai positif dalam diri penggiatnya, terutama daripada segi disiplin diri seseorang. 

Setiap gerakan dalam Parkour, tambah Qayyim dapat meningkatkan stamina dan keupayaan fizikal individu ter babit, apatah lagi jika ia kerap dilakukan. 

“Ada beranggapan gerakan Parkour mampu mengundang bahaya, itu telahan yang salah. Kami membuat aksi jika pasti teknik yang dilakukan benar-benar selamat.

“Apapun, mengenal Parkour dengan lebih mendalam, ke cederaan ketika melakukan aksi sekalipun dapat dimini mumkan jika seseorang membuat persiapan yang lengkap serta menguasai kaedah atau kemahiran yang betul,” katanya yang juga ahli PKMY atau Parkour Malaysia. 

Rakan Qayyim, Mohd Farid Isham, 27, pula berkata Parkour cukup unik kerana membolehkan seseorang mengetahui potensi tubuh badan mereka dan ia ditentukan sama ada mereka mampu melepasi halangan atau tidak.

“Apabila lakukan kesilapan, saya pastikan lakukan kesilapan sama tidak berulang. Lebih menarik lagi, Parkour me nekankan juga ‘kreativiti’ lakukan setiap gerakan tubuh.

“Saya akan berusaha mengeksploitasi tubuh badan supaya dapat melepasi halangan tertentu, misalnya ketika cuba melepasi halangan pagar dan tembok tinggi yang ‘bahaya’,” katanya yang juga seorang pengendali perniagaan laman web.

Menyentuh mengenai perkembangan Parkour di negara ini, Farid berkata, ia mula popular di negara ini dan dipelopori kumpulan Parkour dari Kuching, Sarawak, iaitu Goujitu.

Kata Farid, ada banyak lagi kumpulan parkour di Malaysia dan antara yang dikenali ialah FRJB (Free Run Johor Bahru) dan Komuniti Parkour Malaysia (PKMY).

“Ia petanda baik untuk perkembangan aktiviti lasak ini, dalam masa sama masyarakat akan mula mengenali Parkour dengan lebih dekat.

“Di Barat, Parkour cukup popular hingga ‘seni pergerakan’ ini digunakan untuk aksi dalam filem tertentu. Antara yang popular, filem Casino Royale (2006) yang menunjukkan James Bond (lakonan Daniel Craig) beraksi mengejar seorang lelaki berkulit hitam yang disyaki terbabit dalam kes yang sedang dirungkaikan,

“Bukan itu, sesetengah negara di sana menggunakannya untuk latihan unit keselamatan, seperti polis dan tentera,” katanya.


Thursday, August 6, 2009

new pkmy shirt design proposal





from top: white shirt back design, white shirt front design, balck shirt back design, black shirt front design